Oleh : Khairul Ziana Kinainah
SERDANG, 10 Februari – Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) telah menganjurkan Bengkel Pencapaian KPI 2025 dan Keperluan Perancangan Aktiviti 2026 pada 10 Februari 2026 bertempat di Balai Minda, Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS), Universiti Putra Malaysia (UPM).
Bengkel ini telah menghimpunkan wakil entiti HEPA yang terdiri daripada pengarah, pengetua kolej, ketua bahagian, pegawai tadbir kolej serta ketua seksyen bagi menilai pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) HEPA bagi tahun 2025 serta membincangkan perancangan aktiviti bagi tahun 2026.
Sepanjang bengkel berlangsung, setiap entiti HEPA telah membentangkan pencapaian KPI bagi tahun 2025, termasuk pelaporan status pelaksanaan program serta inisiatif yang telah dijalankan sepanjang tahun tersebut.
Selain itu, perbincangan turut memberi tumpuan kepada isu dan cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan program, termasuk aspek penyertaan pelajar, pelaksanaan aktiviti serta pemantauan pencapaian KPI. Melalui sesi ini, peserta turut berkongsi pandangan serta cadangan penambahbaikan bagi memperkukuh pelaksanaan program pada masa akan datang.
Bengkel ini turut memberi ruang kepada setiap entiti HEPA untuk membincangkan perancangan aktiviti bagi tahun 2026 agar pelaksanaan program dapat disusun dengan lebih strategik, sistematik dan selaras dengan sasaran KPI yang telah ditetapkan.
Penganjuran bengkel ini diharap dapat membantu memperkukuh pemantauan pencapaian KPI serta memastikan perancangan aktiviti HEPA bagi tahun 2026 dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan memberi impak positif kepada pembangunan mahasiswa.




Tarikh Input: 05/03/2026 | Kemaskini: 05/03/2026 | kziana

Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia