Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) merupakan entiti penting di UPM yang bertanggungjawab menguruskan kebajikan, pembangunan sahsiah, kepimpinan, serta kesejahteraan pelajar. HEPA juga berperanan mengukuhkan hubungan dengan alumni bagi memastikan kesinambungan sokongan dan jaringan strategik antara universiti, pelajar, dan bekas pelajar.