BORANG KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN | PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI)
» BORANG KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

BORANG KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari,

Dengan segala hormatnya kami merujuk perkara di atas.

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Putra Malaysia sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan serta mengamalkan budaya penambahbaikan berterusan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kekal relevan, cekap dan cemerlang selaras dengan visi dan misi universiti.

Sehubungan itu, pihak kami sedang melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan bagi mendapatkan maklum balas terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh entiti di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).

Justeru, jasa baik YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari adalah dipohon untuk meluangkan sedikit masa bagi memberikan maklum balas melalui Borang Soal Selidik Kajian Kepuasan Pelanggan menerusi pautan berikut:

https://forms.gle/Tr22n9c6EM4hHtmb8 

Segala maklum balas yang diberikan amatlah dihargai dan akan digunakan sebagai input penting dalam usaha memperkukuh serta meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan pada masa hadapan.

Kerjasama dan perhatian daripada pihak YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari dalam menjayakan kajian ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

"MALAYSIA MADANI"
"BERILMU BERBAKTI"

Timbalan Penyelaras Kepuasan Pelanggan (TPKP)
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
Universiti Putra Malaysia

X, (12:33:51pm-12:38:51pm, 15 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]